Sunday, March 19, 2006

Sunday Go Sundae


Assalamualaikum...erm sowila sebab tak update blog nie semalam.busy sangat sampai tak sempat nak masuk office. Semalam aku round-round satu JB. Mula-mula gi Taman Universiti sebab tengok budak-budak buat renovation Pejabat Pos baru di Taman U tu. Kalau sesapa yang duduk Taman U, Pejabat Pos korang nanti akan bertambah satu lagi. Kat area belakang Petronas tu.

Erm lepas gi sana, aku berkerjar-kejar pulak ke Celcom Permas Jaya. Ada fault kat sana. Pegi dengan Aán,staff aku budak Penang. Dalam pukul 4 petang baru selesai tugasan kat sana. Lepas jer siap kat situ, pegi pulak ke Celcom Taman Molek. Si Ai Celcom yang suka "kenching kuaaat" tu bagitau ada beberapa penambahan untuk install chiller ducting kat sana.

Pastu aku pegi mana ekk...erm oh ya...pastu pulak, aku pun menuju je rumah Ai tu sebab nak tengok rumah dia...aircond dan electricity trip. Kali ni aku pegi dengan Abang Amir (freelance orang MBJB). Sampai sana ntah macammana aku boleh sangap pulak...last-last terlelap kat sofa si Ai tu. Aku sedar bila Abg Amir kejutkan aku dan kami pun berangkat balik. Aku hantar Abg Amir balik rumah dia di Taman Teratai dan lepas antar jer, terus balik rumah.

Tiba-tiba member kamceng aku si Jack (sama-sama perangai nakal masa di UM dulu), talipon aku bagitau dia dah sampai stesen bas Larkin. Oooo nasib baik aku ingat yang dia turun JB hari ni (Sabtu). Dia datang ngan kawan. Nak promote kat aku investment programme...Solidinvestment dan Swisscashh. Menarik gak investment plan tu. Modal RM1000, dapat RM9500 lepas 60 hari.

Aku jemput diorang dan terus menuju ke Danga Bay. Punyalah ramai umat manusia kat sana sampai tak cukup tempat parking. Aku tengok meriah sangat kat situ lebih-lebih lagi malam minggu nie. Tak kurang juga meriahnya di dalam semak-semak di sekitar Danga Bay tu...haiii manusia....manusia...

Dalam kul 11.45 malam aku hantar diorang ke M Suite Hotel sebab diorang check-in kat sana. Kami janji nak jumpa pagi esok (hari ni) dalam pukul 10 pagi di Restoran Osman, Taman Bukit Kempas.

Hari nie:

Hari nie kami berjumpa seperti yang dirancangkan. Akak Beth, Abang Ali, Balqis dan Batrisyia pun ader. Kami makan-makan sambil borak-borak pasal investment nie (terima kasih Abang Ali sebab belanja kitorang). Dalam 1-2 jam tu, kami pun bersurai. Akak Beth dan family balik ke rumah diorang dan kami ke stesen bas Larkin beli tiket bas.

bas diorang dalam kul 4.30 petang so...masih awal lagi. aku pun drive thru ke rumah dan mandi-mandi. Dalam kul 4 petang Jack kejut aku dan aku pun hantarla diorang ke Larkin.

Erm tu jer la setakat nie...aku sebenarnya cadang nak pegi umah akak Beth malam nie..tapi aku terpaksa batalkan sebab kena tengokkan budak-budak aku yang buat kerja di Taman U tu. Ni pun baru balik ni. Maaf ye Kak Beth, Abang Ali. Insya Allah esok kita jumpa lagi. Present untuk birthday Balqis pun saya tak kasi lagi.


Ok sampai takat nie lah dulu. Nak solat dan tidur. Ngaaaaantukkkk gilos dah nie.

Wassalam

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Ehmmmm...bila baca blog Man ni akak rasa macam penat sesangat!! Haiii kalau macam ni punye sibuk, cam ne agaknya adik akak ni nak carik girlfriend ekk??? Muakakakaka............Yooohaaaa!!

Sunday, 19 March, 2006  

Post a Comment

<< Home