Thursday, March 09, 2006

khamis yang menghairankan


Assalamualaikum....
erm hari nie aku gi site visit kat Celcom Taman Molek dengan Ai dan Yazid. Punyalah mendidih sebab tunggu diorang lambat sampai. Hangin betol. pastu aku terus pegi beli susu igg plus (company lama) untuk downline aku kat Pontian tu. Dia kata nak tebus voucher...erm tak kisahlah.

Balik dari beli susu aku jumpa abang aku jap, sembang-sembang dan tiba-tiba rasa mengantuk. Aku ambik port kat bilik belakang dan tiba-tiba jer terus terlelap. Tak tersedar dalam pukul berapa.

Dalam tidur tu aku termimpi macam-macam perkara aneh dan mengagumkan. Aku jumpa macam-macam spesis pontianak, haiwan besar, anak buah aku dan macam-macam ada. Tiba-tiba jam 4.30 aku terjaga, laaa rupanya aku tak solat Zohor lagi. Aku menggagahkan diri untuk bangun tapi takde kudrat langsung. Last-last terlelap semula. Tepat jam 6 petang, aku tiba-tiba terjaga dan terus gagahkan jugak diri aku nie pegi bilik air...mandi....amik air wudhu....solat Asar dan qadha'Zohor tadi.Tak sengaja tertinggal beb. Tak tau la apsal hari nie badan rasa penat semacam. Wallahua'lam


Erm pagi tadi adik saudara aku telefon...dia minta aku buatkan sikit2 ritual untuk dia pasal dia rasa macam tak sedap badan dan ada gangguan di tempat kerjanya. Insya Allah kalau takde aral, malam nie aku buatkan ritual tu. Segalanya atas kehendak dan izin Allah jua.

Oklah...cukup stakat nie...aku nak solat Maghrib dulu

Jumpa lagi.wassalam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home