Wednesday, June 03, 2009
Friday, May 29, 2009
Wednesday, May 27, 2009
Tuesday, May 26, 2009
Friday, May 22, 2009
azman re-born
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat Hari Jumaat.....
Inilah penampilan aku yang kesekian kalinya selepas beberapa tahun aku menyepi daripada menulis blog peribadi aku nie. Seingat aku paling last aku menulis ialah pada Oktober 2006 yang lalu. Kini, aku kembali dengan pelbagai cerita dan pengalaman baru yang telah banyak aku lalui.
Aku sekarang telah bertugas di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Pahang semenjak bulan Julai 2008. Aku mula memasuki perkhidmatan SPRM ni (dulunya BPR) semenjak 17 Disember 2007. Masa tu aku di-attach di Pejabat BPR Seremban selama 3 bulan dan pada April 2008, aku memasuki Pusat Latihan bagi menjalani Kursus Asas Penguasa selama 3 bulan. Bila tamat latihan pada 5 Julai 2008, dapat transfer order ke Pejabat BPR Pahang.
Sebelum memasuki BPR, macam-macam kerja aku buat. Macam yang aku ceritakan dalam penulisan aku pada Oktober 2006 yang lalu, aku menganggur selama 2 bulan.
Then, pada bulan Disember 2006, aku mengikuti Kursus TOT Jurulatih PLKN di Kem Mantin selama 12 hari.
Pada 15 Januari 2008, aku bekerja sementara sebagai P.A kepada Pegawai penyelidik merangkap rakan sekolah lama aku di jabatan Mufti Negeri Sembilan. Aku kat situ tak lama. Sebulan je.
Lepas tu aku dipanggil berkhidmat di Kem PLKN PDS Resort, Port Dickson sehingga bulan April 2008. Pada bulan Mei 2008, aku memasuki skim GURU PEMULIHAN GSTT di Sekolah Kebangsaan Tanah Melintang, Senaling, Kuala Pilah. Aku diamanahkan melatih dan mendidik anak-anak bangsa yang agak slow skit dari segi pembelajaran mereka.Aku jadi cikgu pun tak lama....dalam 6 bulan jer....
Pada September 2008, aku gi temuduga BPR di Seremban....semua orang tak tahu. Then, bila masa aku dalam Kursus Dalam Cuti (KDC)bagi Guru-guru GSTT di IPRM, aku dapat keputusan dipilih menjadi sebahagian warga BPR. So, aku buat notis berhenti jadi cikgu dan mula menerjah ke alam BPR.
Untuk makluman semua, aku dah kawin sekarang nie...aku kawin pada 4 Oktober 2008 yang lalu. Isteri aku sama negeri dengan aku. Dia seorang guru dan sekarang menetap bersama aku di Kuantan. Dia pun tengah pregnant 4 bulan sekarang. Aku cukup gembira dikurniakan seorang isteri yang amat memahami diriku dan amat bersabar dengan perangai angin aku nie. Moga Allah akan melindungi dia dan merahmatinya dunia dan akhirat.
Oklah aku ada kerja yang nak diselesaikan. Moga ketemu lagi.
Wassalam.

Sunday, October 01, 2006
SWEET SUNDAY UNDER THE SUN OF RAMADHAN
Assalamualaikum...
Apa kabar semua?? Harap kalian dapat menjalankan kewajiban berpuasa dengan penuh keinsafan dan kesedaran.
Erm...pagi tadi aku sahur meriah sikit. Kakak-kakak aku sekeluarga balik semalam. Jadi, pagi nie sahur agak meriah dengan juadah. Jugak meriah dengan peel anak-anak buah aku yang terpaksa menyumbat mulut diorang dengan nasi sambil melelapkan mata (lagak ngeri).
Aku seperti biasa...tak la makan banyak sangat. Ntahlaaaa....kenapa aku rasa bulan puasa tahun nie macam biasa je...takde rasa penat atau lapar. Cuma syukurla aku diberi kesempatan bertadarrus Al-Quran setiap kali lepas solat....sesuatu yang jarang-jarang aku dapat buat 1-2 tahun lepas.
Erm untuk pengetahuan korang dah pernah baca blog aku dulu, sekarang aku dah tak kerja dengan abang aku di Johor Bahru tu. Aku dah berhenti pada hujung Ogos 2006 aritu. Ntahlah...aku dah terlalu penat sangat kerja macam tu sampai takde masa berehat...especially untuk spend 1-2 jam untuk mengaji khususnya dalam bulan Ramadhan ni. Sekarang aku duduk kat kampung je di Negeri Sembilan.
Sebenarnya, aku pun ade pergi temuduga Pegawai Jakim pada bulan Mei dulu (18 Mei 1980 iaitu bersamaan birthday aku ke-26 tahun). Aku dah lulus temuduga tu tapi dikategorikan sebagai calon simpanan. Aku pun silap jugak sebab aku terlalu jujur bagitau kat pegawai yang interview aku tu, aku sedang bekerja di syarikat abang aku. Erm takpelaaa. Yang pasti JAKIM kat Putrajaya tu cakap, aku tetap akan dapat cuma kena bersabar.....hurmmmm yelah sabar. Kan sabar tu separuh daripada iman.
Aku memang boleh bersabar tapi...sampai bila aku pun tak tau. Bayangkan aku dah jadi mat anggur start hujung bulan 8 aritu sampai dah masuk bulan 10 nie. Aku pun tension gak sebab aku nie bukan jenis yang boleh duduk diam. Ada jugak dalam tempoh tu aku membuat internet business tapi kurang memberangsangkan laaa. Mungkin aku tak cukup ilmu lagi koot. Kena banyak menimba ilmu online biz nie dari Irfan Khairi ke...Ikmal ke...Sukeri ke...Azra Silapbesar ke...Azizi Ali ke....hmmm nantilaaa ada duit aku pergila kot kursus diorang tu.
Aku dulu ade jugak pergi exam untuk masuk Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) tapi hampehhh. Aku bukan nak cakap besar tapi Alhamdulillah aku telah dapat menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan....confident tahap cipan....tapi last2 diumumkan aku gagal exam tu. Malas la aku nak komen banyak. Kalau aku rajin amik exam PTD tu lagi dalam 4-5 tahun lagi, aku ambiklah.
Aku kat kampung nie banyak jugak antar resume mail. Tapi sampai sekarang satu pun tak respond lagi. Cuma ada 1 yang aku hantar sudah dibalas. Itupun dia cakap mendukacitakan sebab aku punya kelulusan OVERQUALIFIED. Errrmmm....taktau la nak cakap apa. Tapi aku yakin dengan janji Allah....selagi aku ditakdirkan untuk terus menyedut udara bumi-Nya ini, selagi itulah telah tersedia rezeki untuk aku.
Oklah....aku nak stop dulu.
Nak solat Zohor
Wassalam

Friday, September 29, 2006
Hi World!!! I'm Going Home Again!!!
Hmmm.....Assalamualaikum semua....
Rasanya inilah update aku yang terbaru semenjak sekian lama aku meninggalkan blogging nie...sedar tak sedar dah bermacam perkara berlaku dalam hidup aku dan berbagai pahit manis pengalaman yang telah aku tempuhi. Sememangnya kehidupan di dunia ini terlalu singkat...perjalanan bahtera hidup menuju ke Lautan Abadi semakin lama semakin mencabar dan sulit. Apakah aku mampu meneruskan pelayaran ini atau apakah aku akan karam ke dasar lautan??? Aku pun tak pasti...aku hanya mampu berdoa agar aku diberikan sedikit ruang untuk menyedut nafas dan menggenggam kemudi.
Sekarang dah masuk bulan Ramadhan 1427 Hijriah. Malam nie malam yang ke-6 umat Islam puasa. Aku merenung jauh menembus mata batin untuk mencari hakikat Ramadhan. Aku tau bulan ini adalah kolej mendidik rohani, akal dan nafsu. Jika aku tidak cemerlang pun...aku harap akan lulus kepujian dalam subjeknya.
Oklah...aku dah ngantuk...Kang tak bangun sahur lak kang. Kalau aku segar bugar nanti, aku send la celoteh terkini ok.
Selamat berpuasa semua dan carilah definisi diri anda pada bulan tarbiyyah ini.
Regards-azman kisah.
Selamattttttt