Friday, March 17, 2006

Selamat Datang Jumaat


Assalamualaikum semua...

Selamat Hari Jumaat...

erm hari nie tak banyak benda aku buat. Pagi-pagi lagi aku dah pegi basuh kereta kat stesen Shell Taman Anggerik tu. Then abang ipar aku SMS bagitau ada iklan jawatan Pegawai Tadbir Kerajaan Johor dalam paper Berita Harian. Aku sebenarnya berbelah bagi jugak...nak apply ke tak sebab jawatan yang aku sandang sekarang pun dah kira ok. Tapi aku tau...mak aku nak aku kerja kerajaan. Lebih terjamin katanya. Aku tak nafikan kata-kata mak aku tu tapi aku sebenarnya sayang nak meninggalkan bisnes keluarga nie. Kalau nak dikira aspek gaji, Alhamdulillah aku bersyukur kerana gaji yang aku dapat sepanjang bekerja dengan company abang aku lebih tinggi daripada gaji basic Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41. Mak abah aku bukanlah menghalang aku kerja dengan abang aku sorang nie tapi diorang risau sebenarnya...takut-takut aku lalai solat, leka mengejar harta dunia dan yang paling dirisaukan mereka adalah terlibat dengan rasuah. Aku rasa sepanjang aku kerja dengan abang aku nie, takder lagi kami merasuah orang untuk dapat projek atau tender. Semuanya usaha sendiri dan penilaian dari performance company aku dalam buat kerja-kerja Celcom,Telekom, POS dan Maybank.

Kadang-kadang aku sedih jugak bila setiap kali aku pergi site-visit, ada kontraktor-kontraktor lain yang membuat teguran sinis yang mempersoalkan kenapa aku datang site visit...kerja dah banyak...kenal ramai orang atasan...bla...bla...bla...tapi aku buat muka toya jer...persetanlah korang. Aku bukan mencuri duit korang atau henky-panky peluang korang. Semua ketentuan Allah. sapa yang performance baik..sapa yang listing harga dalam BOQ cantik...dialah yang dapat. so, apehal nak dengki-dengki??? Ni la orang Melayu. Ada penyakit yang tak boleh tengok orang sebangsa senang sikit. Macam projek Minaret Celcom di Kulai tu...company aku menang dan dah siap pun kerjanya...tup-tup ada pulak kontraktor mana ntah yang sebar surat layang yang kutuk company kitorang...pakai orang dalam lah...guna barang tak berkualiti lah..macam-macam lagilah sampai Orang Besar pun nak buat lawatan mengejut kat tempat tu. Sabar je lah Labu.

Ok berbalik pada cerita hari ni...Lepas beli paper, aku gi lepak kat Restoran Osman Bukit Kempas tu. Makan makanan ruji aku...capati rendek...teh tarik onne...bbuurrrrbbb syukur Alhamdulillah. Allah bagi lagi peluang kat aku makan rezekinya di bumi nie lagi. lama gak lepak kat situ sampai kul 12.50 tengahari. Pastu aku balik office sebab nak prepare solat Jumaat. Hari nie khutbah jumaat sebut pasal larangan mendekati golongan ajaran sesat yang mengagung-agungkan bangsa yahudi. khatib tu mengupas isu tu dengan menceritakan mengenai kesesatan bangsa yahudi yang dilaknat tu...moga-moga aku tak bersetongkol dengan puak Yahudi dan Nasrani sampai bila-bila. ALLAHUMMA ARIINI AL-HAQQA HAQQAN WARZUQNIYATTIBAÁHU WA ARIINI AL-BAATILA BAATILAN WARZUQNIYAJTINABAHU.AAAMIIIIN.

Lepas solat aku balik office dan pergi order untuk buat pintu DB kat Bakat Elektrik. Ni projek reno POS Malaysia Skudai (dekat Jusco tu). Then, aku balik office semula dan mintak kerani aku gi beli cendol dan pisang goreng (heheheeh kena buli...kesian). So, memandangkan kerani aku si Aqilah tu nak kuar, dia pon terpaksa jadi water-girl beli pisang goreng...mukakakaaka. Siannnnn

Oklah sampai setakat nie dulu ok...nanti aku tulis lagi. Wassalam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home