Happy Birthday Balqis

Assalamualaikum...erm aku baru balik mengeteh ngan akak Beth, abang Ali, Balqis dan Batrisyia. Sempena hari ulangtahun Balqis yang ke-6 tahun. Moga dia akan jadi anak yang berjaya dalam setiap lapangan hidupnya nanti. Aaamiiin. Erm tak disangka yaa...dalam dunia nie masih ada lagi individu-individu yang risau pasal kita kalau tak jumpa seketika. Terharu sungguh dengan kasih-sayang akak Beth, abang Ali dan whole familynya kat aku. Terlalu jarang benar aku ketemu dengan insan-insan istimewa macam nie. Yang menerima aku seadanya. Aku pun telah buat salah dengan diorang sebab tak contact diorang langsung sepanjang seminggu lepas. Walaupun aku rasa itu macam biasa jer (hati keras macam tu laa) tapi sebenarnya bagi diri orang lain, itu sesuatu yang tak patut. Barulah aku mengerti erti kehidupan ni. Dalam hidup ini mesti ada sifat memberi dan menerima dalam apa jua hal dan keadaan. Itulah yang menghiasi denai-denai perjalanan hidup di alam yang sementara ni.
Oklah...aku rasa cukup dulu sampai sini. Aku rasa mengantuk yang teramat sangat ni. Banyak benda yang perlu dibereskan esok hari especially kerja-kerja corrective dan defect yang terlampau banyak di Service Centre Celcom seluruh JB nie. Jumpa lagi ya.
Moga esok kita sama-sama bangun sebagai Muslim yang lebih baik dari semalam. Wassalam

1 Comments:
Terima kasih Uncle Man... Kakak suka gambar miao tu!!! Macam muka kakak. (AMISYA BALQIS)
Post a Comment
<< Home