Thursday, March 16, 2006

Lukisan Alam


Hidup tidak selalunya indah...langit tak selalu cerah...suram malam tak berbintang...inilah lukisan alam...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi semua...erm maaflah sebab dah hampir seminggu aku tak update-kan blog aku nie. Bermacam perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas yang menghalang aku menulis dalam blog ni. Kalau korang perasan yang aku mulakan blog aku kali nie dengan lirik lagu Lukisan Alam oleh kumpulan Hijjaz. Erm itulah manifestasi keadaan dan pengalaman yang aku lalui sepanjang minggu lepas.

Alkisahnya, aku nak balik kampung pasal adik sepupu aku nak sangat jumpa aku. Dia pun balik sebab abang saudara aku tu kawin. So, aku dah target nak balik dalam petang sabtu minggu lepas. Tup-tup tetiba je abang aku call bagitau GENSET celcom di EPA down. Aku masih ingat time tu tepat jam 12.15 tengahari.Masa tu punyalah hanginnyer aku. aku try call staff aku si Farid yang in-charge site-site genset tu. Ada bunyi tapi tak angkat. Last-last baru aku tau yang si Farid tu tak bawak handphonenyer. Hangin tul la tapi takpe...sabar...sabar...sabar...sabar tu kan 1/2 daripada iman. Aku dengan muka tensen dan penuh bangganya drive la ke site tu. Sesampai jer terus aku call technician Genset tu. Orang Celcom dah ramai call phone aku sebab alarm system di ibupejabat Celcom kat KL tu dah berbunyi. So, aku hanya ada 1 jam untuk menyelesaikan fault site tu sebelum company aku di-penalty.

Bila dah setel site kat sana, hati aku pun berkobar-kobar la untuk balik ke kampung. And tetiba jer phone aku berbunyi. Abang aku bagitau yang satu lagi site kat Inas pulak down. Aku pun terpaksa rush ke sana. Kat sana aku baru jumpa dengan staff aku si Farid tu. Dia boleh tidur bawah kabin. Aku tanya dia pasal site kat situ down tapi dia kata takde. Aku tak puas ati last-last aku check sekali lagi Isolator kat equipment Celcom tu. Baru la aku perasan yang bebudak nie tukar turn operating genset tapi terlupa nak tukar isolatornya. Erm dalam kul 6 petang barulah semuanya setel.Pastu aku terus balik tapi kepala dah terasa pening. Rasa macam tak larat nak drive balik kampung hari nie. So...aku pun buuuumm kat katil.

pagi esoknya aku cadang nak balik lepas subuh tapi terasa ngantuk lagi...Ahhh layannnnn tidur dulu. Tetiba jer aku tersedar jam 11.30 pagi bila adik aku dari kampung call, tanya aku balik ke tak. Aku pun bingkas bangun dan bersiap-siap semua dan dalam kul 12.30 tengahari maka perjalanan pulang ke kampung pun bermula.

Sepanjang perjalanan ke kampung, aku speeding dalam 170-180 km/j. Bukan aper takut tak sempat lak gi majlis kenduri tu kang. Maklumlah trip dari JB ke kampung aku amik masa dalam 2 1/2 jam (speeding timeframe) atau 3 1/2 jam (kelajuan biasa). Sesampainya kat umah mak lang aku tu, kenduri dah pun selesai. masa tu jam dalam kul 3.15 petang. Tapi lauk still ada dan aku pun duk la makan. Erm best gak makan daging perut dan ayam masak tomato. Lepas kenyang tu, aku pun lepak-lepak ngan akak saudara aku (adik abag saudara aku yang kawin tu). Dia tu Polis Caw. Khas. Macam-macam yang kami borakkan dari pasal jenayah, ilmu hitam, calon isteri dan ilmu-ilmu batin. heheheh itula yang selalu aku borakkan dengan akak saudara aku tu bila sekali-sekala terjumpa.

Erm malam tu aku duk kat rumah jer. Layan anak-anak buah sambil tengok VCD citer hantu. malam tu pun aku dapat la peluang berborak ngan adik beradik aku. Angah, Ateh, abang-abang ipar, adik aku dan yang terutama sekali mak dan abah aku. Macam-macam yang kami borakkan dan yang paling buat aku teruja bila mak aku luahkan perasaan sedihnya tengok aku tak ada pasangan hidup (awek) lagi sampai sekarang. almaklumlah umur aku dah mencecah 26 tahun ni. Alaa mak, biasalah mak. perkahwinan tu bukan ikut umur tapi ikut jodoh. Pastu aku rasa ngantuk sangat dan terus masuk tidur. Lagipun esoknya aku ada site visit untuk buat Minaret Celcom di Surau Taman Tasek Jaya, Seremban.

Pagi esok mak dan abah aku macam biasa. Pergi menunaikan solat subuh berjemaah di Muassasah Darul Syarif...sebelah rumah aku. Tapi aku tak pergi pun solat berjemaah sama-sama dengan diorang. Sememangnya aku patut malu dengan diri aku sendiri. Aku nie lulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Malaya tapi perangai macam tak mencerminkan akhlak pelajar Islam sebenar. Ya Allah ampunkan segala dosa-dosa aku.Aaamiiin.

Aku bertolak dari rumah jam 9.00 pagi dan sampai ke site tepat jam 10.00 pagi. site visit start jam 11.00 pagi. Sementara menunggu orang-orang Celcom KL datang, aku melepakkan diri di kedai kopi...minum teh tarik je. Then, site visit start almost jam 11.30 pagi dan ending pada pukul 1.00 petang. Badan mula rasa tak sedap. Abang aku pulak telefon suruh balik JB on the same day dan on my way balik JB tu, i've been forced pegi Muar untuk bayar saman lori company kat JPJ Muar. Budak aku tak de GDL tapi terpaksa bawak jugak lori tu. Last-last kena saman JPJ dalam RM600.

Aku balik ke rumah dan bagitau mak yang aku kena balik hari tu jugak sebab nak pegi Muar tu. Tapi aku suarakan kat mak aku yang aku peeeenat sangat nak balik. Last-last mak aku tipon abang aku cakap yang aku tak larat balik JB. Abang aku kata o.k dan aku yesss...yes...yes...dapat lagi sehari lepak ngan family kat kampung.

Petang tu rutin biasa aku kat kampung...sakat anak-anak buah yang balik bercuti. Ada yang menangis-nangis kena sakat ngan aku. Tapi petang tu, satu pengajaran paling berharga yang aku dapat bila terover menyakat anak-anak buah aku nie. Hari tu, aku terasa nak sakat anak sulung Angah aku. Namanya Tengku Aimi Ikram. Aku cadang nak jentik punggungnya kuat-kuat. Bila aku nak buat kat dia, tetiba jer urat tangan kanan aku tergeliat. Ya Allah sakitnyer. Tuhan jer yang tahu macammana aku rasa sakitnya. Agaknya aku kena daulat anak buah aku tu. Pastu episod aku malam tu adalah sesi mengurut tangan oleh mak aku. Sakit ya amat. Tulah...buat dajal ngan orang lagi. padan muka kau azman.

Esoknya dalam keadaan tangan yang masih sakit, aku gagahkan juga untuk balik ke JB. mak aku bekalkan dengan minyak urut untuk survival aku di bumi JB nun. selepas selesai urusan JPJ dan aku bertolak terus ke JB dan sampai ke rumah dalam pukul 5.30 petang.

Erm oklah sampai setakat tu dulu lah aku coretkan untuk kali nie. Hari nie (16/3/2006)tak banyak aktiviti yang aku buat melainkan site visit untuk projek Fiber Optik Celcom di Skudai. Sampai di sini dulu. Aku pun banyak kerja yang perlu dibereskan. Sampai Abang Ali dan Kak Beth ajak ngeteh malam nie pun aku terpaksa tolak. Maafkan saya ye akak,abang. Insya Allah kita jumpa lain kali ek.


Assalamualaikum

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum...
hehehe... cian kat abg aku, da lah tangan sakit dpt balik kg sekali sekala, pastu kena lak rushing ke Muar bayarkan saman... sabaq ye abg... kesian lah dier, aper!! blum ade awek????? tipu lah... hehehehe... takpe jodoh pertemuan di tangan Allah S.W.T... mane lah tahu esok lusa dapat jodoh and then kawin lah... betul tak??? jangan marah... eh!! oklah i gotta job to do now... so, jumpe lagi (actually da tiap2 hari jumpe.. kan!! kan!!! Heheeheheh...) Assalamualaikum..

Friday, 17 March, 2006  

Post a Comment

<< Home