Jumaat yang berkat

Assalamualaikum...Selamat Hari Jumaat kepada semua. Alhamdulillah dengan izin-Nya, dapat lagi aku menyedut udara Jumaat yang penuh berkat pada kali ini. Sesungguhnya Jumaat itu penghulu segala hari dan berjuta kebaikan datang bersama sinaran suria pagi Jumaat ini.
Hari nie aku tak sibuk sangat...lepas pegi poskan susu untuk akak Zaleha yang duduk di Pontian tu, aku terus ke restoran mamak Osman kat Bukit Kempas tu. makan laa 2 keping capati (favourite aku) dan teh tarik. ermmm...kekadang tu aku rasa pelik gak sebab mana-mana aku pegi, mesti ader nama Restoran Osman. Kat Kempas ada, kat Uda ada, kat Skudai ada, kat Pasir Gudang ada. aku rasa restoran mamak pun ader buat program francais jugak la.
Sambil sarapan tu, aku baca suratkhabar yang aku beli. Antara berita yang menarik perhatian aku ialah kes seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di sebuah masjid. Kat mana aku tak ingat pulak. Erm....kesian budak tu. Haiiii....zaman sekarang nie macam-macam perkara berlaku. Ramai orang taknak insaf. Padahal Allah dah bagi warning masa Tsunami dulu...masih tak sedar jugak. Inilah sebagaimana yang Nabi pernah gambarkan mengenai perihal orang Islam akhir zaman. Harapan dan doa aku agar aku tak termasuk dalam golongan yang dilaknat dunia akhirat. Aku doakan Allah ampunkan dosa-dosa orang Islam yang telah berdosa dan semoga semua orang Islam dikembalikan ke tempat yang baik juga di negeri sana nanti. Aaamiiiin.
Pas kenyang, aku balik ke office. Pastu aku tolong Norli, si clerk aku buat rangka surat untuk memohon sijil dan plat aluminium bagi pintu tahan api menara pemancar di Kulai. Dia kata blurrr.Erm yelaaaa...macam-macamlaa adik aku sorang nie.
Hari nie abang aku balik kampung ngan family dia. abang saudara aku kawin. Tapi aku rasa macam tak dapat nak join. Banyak kerja aku nak buat kat JB nie. Anyway aku doakan abang saudara aku tu berbahagia hingga ke alam abadi. Aaamiiin.
Oklah....aku nak prepare gi solat Jumaat nie. Kita jumpa lagi nanti. Wassalam

0 Comments:
Post a Comment
<< Home