Monday, March 27, 2006

Blurrrrrrrrrr


Assalamualaikum....

Lamaaaaaaa aku tak update blog aku nie.Punyalah sibuk tahap beruk Matyeh minggu lepas. Macam-macam perkara berlaku. Kereta aku accident, jumpa 4-5 orang calon orang rumah, site visit dan macam-macam lagi. Tak terdaya benakku untuk review semula apa yang telah berlaku sepanjang minggu nan berlalu. Benarlah kata-kata Imam Syahid Hassan Banna, "Kewajiban seorang Muslim itu melebihi daripada waktu yang diperuntukkan".

Erm oklah...aku nak pegi mandi. Baru balik site visit POS Air Hitam sebenarnya. Peenat sesangat. Errrr...sebelum aku stop cuba korang surf website ni: www.b4death.com atau http://b4death.com/web/lastbre2.htm . Korang mesti insaf punya...tapi kalau korang pakai Streamyx lagi bagus.

Ok semua...selamat malam

Assalamualaikum

Monday, March 20, 2006

Seakan Menguji

Assalamualaikum...erm hari nie aku tak sibuk sangat. Pagi tadi orang Telekom telefon. Ada meeting vendor COD esok. Jam 9.30 pagi...tak tau la nak bincang pasal apa. Hari nie jugak x-staff META, si Taufik datang jumpa aku. Dia ajak aku gi lunch kat Impian Emas. Aku pun pegila dengan dia...maklumla kena belanja. Sayugia, akak Beth SMS aku...dia bagitau Adik Alia Batrisyia mengalami kecederaan di kepala. Ada accidental matter di rumah. Kesian adik Alia. Mudah-mudahan takde apa-apa yang berlaku. Aaamiin. Untuk akak Beth, sabar ye kak. Kebiasaannya insan-insan yang akan menjadi manusia hebat di masa depan, akan dilihat tanda-tandanya melalui ujian-ujian yang dihadapi sewaktu zaman kecil mereka.
Hari nie pun ader lagi satu bad news aku dapat dari orang MBJB....BOQ untuk tender renovation Dewan Komuniti Kampung Melayu Majidee company aku kena reject...gara-gara clerk aku tak isi Tempoh Siap Kerja kat muka depan BOQ tu. ERm ntahla...masuk nie dah 4 kali dah clerk aku tu buat kesilapan macam nie. Nak marah pun tak guna. Silap aku jugak pasal aku tak pantau semua BOQ yang dihantar. Aku main serah bulat-bulat kat diorang jer uruskan. Tapi aku percaya, ini pun berkait rapat dengan rezeki yang Allah dah setkan untuk kita kan???

Oklah sampai sini dululah...aku nak gi solat Asar nie...dah pukul 5 petang dah. Insya Allah kalau tak sibuk, malam nie nak gak ngeteh ngan akak Beth dan abang Ali. sambil-sambil nak bagi hadiah birthday Balqis tu. Anyway....semoga kita semua dalam peliharaan Allah dan kekal menjadi mukmin yang taat. Wassalam

Sunday, March 19, 2006

Sunday Go Sundae


Assalamualaikum...erm sowila sebab tak update blog nie semalam.busy sangat sampai tak sempat nak masuk office. Semalam aku round-round satu JB. Mula-mula gi Taman Universiti sebab tengok budak-budak buat renovation Pejabat Pos baru di Taman U tu. Kalau sesapa yang duduk Taman U, Pejabat Pos korang nanti akan bertambah satu lagi. Kat area belakang Petronas tu.

Erm lepas gi sana, aku berkerjar-kejar pulak ke Celcom Permas Jaya. Ada fault kat sana. Pegi dengan Aán,staff aku budak Penang. Dalam pukul 4 petang baru selesai tugasan kat sana. Lepas jer siap kat situ, pegi pulak ke Celcom Taman Molek. Si Ai Celcom yang suka "kenching kuaaat" tu bagitau ada beberapa penambahan untuk install chiller ducting kat sana.

Pastu aku pegi mana ekk...erm oh ya...pastu pulak, aku pun menuju je rumah Ai tu sebab nak tengok rumah dia...aircond dan electricity trip. Kali ni aku pegi dengan Abang Amir (freelance orang MBJB). Sampai sana ntah macammana aku boleh sangap pulak...last-last terlelap kat sofa si Ai tu. Aku sedar bila Abg Amir kejutkan aku dan kami pun berangkat balik. Aku hantar Abg Amir balik rumah dia di Taman Teratai dan lepas antar jer, terus balik rumah.

Tiba-tiba member kamceng aku si Jack (sama-sama perangai nakal masa di UM dulu), talipon aku bagitau dia dah sampai stesen bas Larkin. Oooo nasib baik aku ingat yang dia turun JB hari ni (Sabtu). Dia datang ngan kawan. Nak promote kat aku investment programme...Solidinvestment dan Swisscashh. Menarik gak investment plan tu. Modal RM1000, dapat RM9500 lepas 60 hari.

Aku jemput diorang dan terus menuju ke Danga Bay. Punyalah ramai umat manusia kat sana sampai tak cukup tempat parking. Aku tengok meriah sangat kat situ lebih-lebih lagi malam minggu nie. Tak kurang juga meriahnya di dalam semak-semak di sekitar Danga Bay tu...haiii manusia....manusia...

Dalam kul 11.45 malam aku hantar diorang ke M Suite Hotel sebab diorang check-in kat sana. Kami janji nak jumpa pagi esok (hari ni) dalam pukul 10 pagi di Restoran Osman, Taman Bukit Kempas.

Hari nie:

Hari nie kami berjumpa seperti yang dirancangkan. Akak Beth, Abang Ali, Balqis dan Batrisyia pun ader. Kami makan-makan sambil borak-borak pasal investment nie (terima kasih Abang Ali sebab belanja kitorang). Dalam 1-2 jam tu, kami pun bersurai. Akak Beth dan family balik ke rumah diorang dan kami ke stesen bas Larkin beli tiket bas.

bas diorang dalam kul 4.30 petang so...masih awal lagi. aku pun drive thru ke rumah dan mandi-mandi. Dalam kul 4 petang Jack kejut aku dan aku pun hantarla diorang ke Larkin.

Erm tu jer la setakat nie...aku sebenarnya cadang nak pegi umah akak Beth malam nie..tapi aku terpaksa batalkan sebab kena tengokkan budak-budak aku yang buat kerja di Taman U tu. Ni pun baru balik ni. Maaf ye Kak Beth, Abang Ali. Insya Allah esok kita jumpa lagi. Present untuk birthday Balqis pun saya tak kasi lagi.


Ok sampai takat nie lah dulu. Nak solat dan tidur. Ngaaaaantukkkk gilos dah nie.

Wassalam

Saturday, March 18, 2006

Happy Birthday Balqis


Assalamualaikum...erm aku baru balik mengeteh ngan akak Beth, abang Ali, Balqis dan Batrisyia. Sempena hari ulangtahun Balqis yang ke-6 tahun. Moga dia akan jadi anak yang berjaya dalam setiap lapangan hidupnya nanti. Aaamiiin. Erm tak disangka yaa...dalam dunia nie masih ada lagi individu-individu yang risau pasal kita kalau tak jumpa seketika. Terharu sungguh dengan kasih-sayang akak Beth, abang Ali dan whole familynya kat aku. Terlalu jarang benar aku ketemu dengan insan-insan istimewa macam nie. Yang menerima aku seadanya. Aku pun telah buat salah dengan diorang sebab tak contact diorang langsung sepanjang seminggu lepas. Walaupun aku rasa itu macam biasa jer (hati keras macam tu laa) tapi sebenarnya bagi diri orang lain, itu sesuatu yang tak patut. Barulah aku mengerti erti kehidupan ni. Dalam hidup ini mesti ada sifat memberi dan menerima dalam apa jua hal dan keadaan. Itulah yang menghiasi denai-denai perjalanan hidup di alam yang sementara ni.

Oklah...aku rasa cukup dulu sampai sini. Aku rasa mengantuk yang teramat sangat ni. Banyak benda yang perlu dibereskan esok hari especially kerja-kerja corrective dan defect yang terlampau banyak di Service Centre Celcom seluruh JB nie. Jumpa lagi ya.

Moga esok kita sama-sama bangun sebagai Muslim yang lebih baik dari semalam. Wassalam

Friday, March 17, 2006

Selamat Datang Jumaat


Assalamualaikum semua...

Selamat Hari Jumaat...

erm hari nie tak banyak benda aku buat. Pagi-pagi lagi aku dah pegi basuh kereta kat stesen Shell Taman Anggerik tu. Then abang ipar aku SMS bagitau ada iklan jawatan Pegawai Tadbir Kerajaan Johor dalam paper Berita Harian. Aku sebenarnya berbelah bagi jugak...nak apply ke tak sebab jawatan yang aku sandang sekarang pun dah kira ok. Tapi aku tau...mak aku nak aku kerja kerajaan. Lebih terjamin katanya. Aku tak nafikan kata-kata mak aku tu tapi aku sebenarnya sayang nak meninggalkan bisnes keluarga nie. Kalau nak dikira aspek gaji, Alhamdulillah aku bersyukur kerana gaji yang aku dapat sepanjang bekerja dengan company abang aku lebih tinggi daripada gaji basic Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41. Mak abah aku bukanlah menghalang aku kerja dengan abang aku sorang nie tapi diorang risau sebenarnya...takut-takut aku lalai solat, leka mengejar harta dunia dan yang paling dirisaukan mereka adalah terlibat dengan rasuah. Aku rasa sepanjang aku kerja dengan abang aku nie, takder lagi kami merasuah orang untuk dapat projek atau tender. Semuanya usaha sendiri dan penilaian dari performance company aku dalam buat kerja-kerja Celcom,Telekom, POS dan Maybank.

Kadang-kadang aku sedih jugak bila setiap kali aku pergi site-visit, ada kontraktor-kontraktor lain yang membuat teguran sinis yang mempersoalkan kenapa aku datang site visit...kerja dah banyak...kenal ramai orang atasan...bla...bla...bla...tapi aku buat muka toya jer...persetanlah korang. Aku bukan mencuri duit korang atau henky-panky peluang korang. Semua ketentuan Allah. sapa yang performance baik..sapa yang listing harga dalam BOQ cantik...dialah yang dapat. so, apehal nak dengki-dengki??? Ni la orang Melayu. Ada penyakit yang tak boleh tengok orang sebangsa senang sikit. Macam projek Minaret Celcom di Kulai tu...company aku menang dan dah siap pun kerjanya...tup-tup ada pulak kontraktor mana ntah yang sebar surat layang yang kutuk company kitorang...pakai orang dalam lah...guna barang tak berkualiti lah..macam-macam lagilah sampai Orang Besar pun nak buat lawatan mengejut kat tempat tu. Sabar je lah Labu.

Ok berbalik pada cerita hari ni...Lepas beli paper, aku gi lepak kat Restoran Osman Bukit Kempas tu. Makan makanan ruji aku...capati rendek...teh tarik onne...bbuurrrrbbb syukur Alhamdulillah. Allah bagi lagi peluang kat aku makan rezekinya di bumi nie lagi. lama gak lepak kat situ sampai kul 12.50 tengahari. Pastu aku balik office sebab nak prepare solat Jumaat. Hari nie khutbah jumaat sebut pasal larangan mendekati golongan ajaran sesat yang mengagung-agungkan bangsa yahudi. khatib tu mengupas isu tu dengan menceritakan mengenai kesesatan bangsa yahudi yang dilaknat tu...moga-moga aku tak bersetongkol dengan puak Yahudi dan Nasrani sampai bila-bila. ALLAHUMMA ARIINI AL-HAQQA HAQQAN WARZUQNIYATTIBAÁHU WA ARIINI AL-BAATILA BAATILAN WARZUQNIYAJTINABAHU.AAAMIIIIN.

Lepas solat aku balik office dan pergi order untuk buat pintu DB kat Bakat Elektrik. Ni projek reno POS Malaysia Skudai (dekat Jusco tu). Then, aku balik office semula dan mintak kerani aku gi beli cendol dan pisang goreng (heheheeh kena buli...kesian). So, memandangkan kerani aku si Aqilah tu nak kuar, dia pon terpaksa jadi water-girl beli pisang goreng...mukakakaaka. Siannnnn

Oklah sampai setakat nie dulu ok...nanti aku tulis lagi. Wassalam

Thursday, March 16, 2006

Lukisan Alam


Hidup tidak selalunya indah...langit tak selalu cerah...suram malam tak berbintang...inilah lukisan alam...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi semua...erm maaflah sebab dah hampir seminggu aku tak update-kan blog aku nie. Bermacam perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas yang menghalang aku menulis dalam blog ni. Kalau korang perasan yang aku mulakan blog aku kali nie dengan lirik lagu Lukisan Alam oleh kumpulan Hijjaz. Erm itulah manifestasi keadaan dan pengalaman yang aku lalui sepanjang minggu lepas.

Alkisahnya, aku nak balik kampung pasal adik sepupu aku nak sangat jumpa aku. Dia pun balik sebab abang saudara aku tu kawin. So, aku dah target nak balik dalam petang sabtu minggu lepas. Tup-tup tetiba je abang aku call bagitau GENSET celcom di EPA down. Aku masih ingat time tu tepat jam 12.15 tengahari.Masa tu punyalah hanginnyer aku. aku try call staff aku si Farid yang in-charge site-site genset tu. Ada bunyi tapi tak angkat. Last-last baru aku tau yang si Farid tu tak bawak handphonenyer. Hangin tul la tapi takpe...sabar...sabar...sabar...sabar tu kan 1/2 daripada iman. Aku dengan muka tensen dan penuh bangganya drive la ke site tu. Sesampai jer terus aku call technician Genset tu. Orang Celcom dah ramai call phone aku sebab alarm system di ibupejabat Celcom kat KL tu dah berbunyi. So, aku hanya ada 1 jam untuk menyelesaikan fault site tu sebelum company aku di-penalty.

Bila dah setel site kat sana, hati aku pun berkobar-kobar la untuk balik ke kampung. And tetiba jer phone aku berbunyi. Abang aku bagitau yang satu lagi site kat Inas pulak down. Aku pun terpaksa rush ke sana. Kat sana aku baru jumpa dengan staff aku si Farid tu. Dia boleh tidur bawah kabin. Aku tanya dia pasal site kat situ down tapi dia kata takde. Aku tak puas ati last-last aku check sekali lagi Isolator kat equipment Celcom tu. Baru la aku perasan yang bebudak nie tukar turn operating genset tapi terlupa nak tukar isolatornya. Erm dalam kul 6 petang barulah semuanya setel.Pastu aku terus balik tapi kepala dah terasa pening. Rasa macam tak larat nak drive balik kampung hari nie. So...aku pun buuuumm kat katil.

pagi esoknya aku cadang nak balik lepas subuh tapi terasa ngantuk lagi...Ahhh layannnnn tidur dulu. Tetiba jer aku tersedar jam 11.30 pagi bila adik aku dari kampung call, tanya aku balik ke tak. Aku pun bingkas bangun dan bersiap-siap semua dan dalam kul 12.30 tengahari maka perjalanan pulang ke kampung pun bermula.

Sepanjang perjalanan ke kampung, aku speeding dalam 170-180 km/j. Bukan aper takut tak sempat lak gi majlis kenduri tu kang. Maklumlah trip dari JB ke kampung aku amik masa dalam 2 1/2 jam (speeding timeframe) atau 3 1/2 jam (kelajuan biasa). Sesampainya kat umah mak lang aku tu, kenduri dah pun selesai. masa tu jam dalam kul 3.15 petang. Tapi lauk still ada dan aku pun duk la makan. Erm best gak makan daging perut dan ayam masak tomato. Lepas kenyang tu, aku pun lepak-lepak ngan akak saudara aku (adik abag saudara aku yang kawin tu). Dia tu Polis Caw. Khas. Macam-macam yang kami borakkan dari pasal jenayah, ilmu hitam, calon isteri dan ilmu-ilmu batin. heheheh itula yang selalu aku borakkan dengan akak saudara aku tu bila sekali-sekala terjumpa.

Erm malam tu aku duk kat rumah jer. Layan anak-anak buah sambil tengok VCD citer hantu. malam tu pun aku dapat la peluang berborak ngan adik beradik aku. Angah, Ateh, abang-abang ipar, adik aku dan yang terutama sekali mak dan abah aku. Macam-macam yang kami borakkan dan yang paling buat aku teruja bila mak aku luahkan perasaan sedihnya tengok aku tak ada pasangan hidup (awek) lagi sampai sekarang. almaklumlah umur aku dah mencecah 26 tahun ni. Alaa mak, biasalah mak. perkahwinan tu bukan ikut umur tapi ikut jodoh. Pastu aku rasa ngantuk sangat dan terus masuk tidur. Lagipun esoknya aku ada site visit untuk buat Minaret Celcom di Surau Taman Tasek Jaya, Seremban.

Pagi esok mak dan abah aku macam biasa. Pergi menunaikan solat subuh berjemaah di Muassasah Darul Syarif...sebelah rumah aku. Tapi aku tak pergi pun solat berjemaah sama-sama dengan diorang. Sememangnya aku patut malu dengan diri aku sendiri. Aku nie lulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Malaya tapi perangai macam tak mencerminkan akhlak pelajar Islam sebenar. Ya Allah ampunkan segala dosa-dosa aku.Aaamiiin.

Aku bertolak dari rumah jam 9.00 pagi dan sampai ke site tepat jam 10.00 pagi. site visit start jam 11.00 pagi. Sementara menunggu orang-orang Celcom KL datang, aku melepakkan diri di kedai kopi...minum teh tarik je. Then, site visit start almost jam 11.30 pagi dan ending pada pukul 1.00 petang. Badan mula rasa tak sedap. Abang aku pulak telefon suruh balik JB on the same day dan on my way balik JB tu, i've been forced pegi Muar untuk bayar saman lori company kat JPJ Muar. Budak aku tak de GDL tapi terpaksa bawak jugak lori tu. Last-last kena saman JPJ dalam RM600.

Aku balik ke rumah dan bagitau mak yang aku kena balik hari tu jugak sebab nak pegi Muar tu. Tapi aku suarakan kat mak aku yang aku peeeenat sangat nak balik. Last-last mak aku tipon abang aku cakap yang aku tak larat balik JB. Abang aku kata o.k dan aku yesss...yes...yes...dapat lagi sehari lepak ngan family kat kampung.

Petang tu rutin biasa aku kat kampung...sakat anak-anak buah yang balik bercuti. Ada yang menangis-nangis kena sakat ngan aku. Tapi petang tu, satu pengajaran paling berharga yang aku dapat bila terover menyakat anak-anak buah aku nie. Hari tu, aku terasa nak sakat anak sulung Angah aku. Namanya Tengku Aimi Ikram. Aku cadang nak jentik punggungnya kuat-kuat. Bila aku nak buat kat dia, tetiba jer urat tangan kanan aku tergeliat. Ya Allah sakitnyer. Tuhan jer yang tahu macammana aku rasa sakitnya. Agaknya aku kena daulat anak buah aku tu. Pastu episod aku malam tu adalah sesi mengurut tangan oleh mak aku. Sakit ya amat. Tulah...buat dajal ngan orang lagi. padan muka kau azman.

Esoknya dalam keadaan tangan yang masih sakit, aku gagahkan juga untuk balik ke JB. mak aku bekalkan dengan minyak urut untuk survival aku di bumi JB nun. selepas selesai urusan JPJ dan aku bertolak terus ke JB dan sampai ke rumah dalam pukul 5.30 petang.

Erm oklah sampai setakat tu dulu lah aku coretkan untuk kali nie. Hari nie (16/3/2006)tak banyak aktiviti yang aku buat melainkan site visit untuk projek Fiber Optik Celcom di Skudai. Sampai di sini dulu. Aku pun banyak kerja yang perlu dibereskan. Sampai Abang Ali dan Kak Beth ajak ngeteh malam nie pun aku terpaksa tolak. Maafkan saya ye akak,abang. Insya Allah kita jumpa lain kali ek.


Assalamualaikum

Friday, March 10, 2006

Jumaat yang berkat


Assalamualaikum...Selamat Hari Jumaat kepada semua. Alhamdulillah dengan izin-Nya, dapat lagi aku menyedut udara Jumaat yang penuh berkat pada kali ini. Sesungguhnya Jumaat itu penghulu segala hari dan berjuta kebaikan datang bersama sinaran suria pagi Jumaat ini.

Hari nie aku tak sibuk sangat...lepas pegi poskan susu untuk akak Zaleha yang duduk di Pontian tu, aku terus ke restoran mamak Osman kat Bukit Kempas tu. makan laa 2 keping capati (favourite aku) dan teh tarik. ermmm...kekadang tu aku rasa pelik gak sebab mana-mana aku pegi, mesti ader nama Restoran Osman. Kat Kempas ada, kat Uda ada, kat Skudai ada, kat Pasir Gudang ada. aku rasa restoran mamak pun ader buat program francais jugak la.

Sambil sarapan tu, aku baca suratkhabar yang aku beli. Antara berita yang menarik perhatian aku ialah kes seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di sebuah masjid. Kat mana aku tak ingat pulak. Erm....kesian budak tu. Haiiii....zaman sekarang nie macam-macam perkara berlaku. Ramai orang taknak insaf. Padahal Allah dah bagi warning masa Tsunami dulu...masih tak sedar jugak. Inilah sebagaimana yang Nabi pernah gambarkan mengenai perihal orang Islam akhir zaman. Harapan dan doa aku agar aku tak termasuk dalam golongan yang dilaknat dunia akhirat. Aku doakan Allah ampunkan dosa-dosa orang Islam yang telah berdosa dan semoga semua orang Islam dikembalikan ke tempat yang baik juga di negeri sana nanti. Aaamiiiin.

Pas kenyang, aku balik ke office. Pastu aku tolong Norli, si clerk aku buat rangka surat untuk memohon sijil dan plat aluminium bagi pintu tahan api menara pemancar di Kulai. Dia kata blurrr.Erm yelaaaa...macam-macamlaa adik aku sorang nie.

Hari nie abang aku balik kampung ngan family dia. abang saudara aku kawin. Tapi aku rasa macam tak dapat nak join. Banyak kerja aku nak buat kat JB nie. Anyway aku doakan abang saudara aku tu berbahagia hingga ke alam abadi. Aaamiiin.

Oklah....aku nak prepare gi solat Jumaat nie. Kita jumpa lagi nanti. Wassalam

Thursday, March 09, 2006

khamis yang menghairankan


Assalamualaikum....
erm hari nie aku gi site visit kat Celcom Taman Molek dengan Ai dan Yazid. Punyalah mendidih sebab tunggu diorang lambat sampai. Hangin betol. pastu aku terus pegi beli susu igg plus (company lama) untuk downline aku kat Pontian tu. Dia kata nak tebus voucher...erm tak kisahlah.

Balik dari beli susu aku jumpa abang aku jap, sembang-sembang dan tiba-tiba rasa mengantuk. Aku ambik port kat bilik belakang dan tiba-tiba jer terus terlelap. Tak tersedar dalam pukul berapa.

Dalam tidur tu aku termimpi macam-macam perkara aneh dan mengagumkan. Aku jumpa macam-macam spesis pontianak, haiwan besar, anak buah aku dan macam-macam ada. Tiba-tiba jam 4.30 aku terjaga, laaa rupanya aku tak solat Zohor lagi. Aku menggagahkan diri untuk bangun tapi takde kudrat langsung. Last-last terlelap semula. Tepat jam 6 petang, aku tiba-tiba terjaga dan terus gagahkan jugak diri aku nie pegi bilik air...mandi....amik air wudhu....solat Asar dan qadha'Zohor tadi.Tak sengaja tertinggal beb. Tak tau la apsal hari nie badan rasa penat semacam. Wallahua'lam


Erm pagi tadi adik saudara aku telefon...dia minta aku buatkan sikit2 ritual untuk dia pasal dia rasa macam tak sedap badan dan ada gangguan di tempat kerjanya. Insya Allah kalau takde aral, malam nie aku buatkan ritual tu. Segalanya atas kehendak dan izin Allah jua.

Oklah...cukup stakat nie...aku nak solat Maghrib dulu

Jumpa lagi.wassalam

Wednesday, March 08, 2006

Canadian Diamonds



Erm nie aku saja je publish kan gambar diamonds yang aku sertai. Kalau korang berminat nak tau, kowang setkan appointment ngan aku la ek. Aku nak explain dalam telefon / faks / SMS / e-mail susah sikit laa. Ok!!!

Lagi gambar-gambar kerja






Ni sebahagian lagi gambar bidang kerja aku. Harap kowang dah faham ekkk.

Gambar-gambar bidang kerja aku






Haa....kowang mungkin tertanya-tanya kan...aper la keje aku sebenarnya (kalau tertanya-tanya laaa). Ok kat sini aku publish gambar-gambar sebahagian daripada bidang tugas kerja aku merangkap 2nd Director kat company Meta Construction nie (company abang aku).

sweet wednesday


Assalamualaikum...jumpa lagi hari nie.
Erm aku baru balik dari site-visit untuk projek MBJB. Site kat Pusat Komuniti Kampung Melayu. Ramai gak kontraktor yang datang. Termasuk abang Ali dari Restu Construction (best friend aku). So far, kerjanya versatile. Ada kerja sivil, kerja MNE dan kerja-kerja besi. Insya Allah sapa punya rezeki, dialah yang dapat. Kita usaha jer kan.
Lepas site visit terus pegi PKK amik sijil PKK yang dah dikemaskini. Dulu nama 2 orang, skang nama aku sorang jer.Erm sepatutnya aku pun ader site visit ngan Ai CELCOM jugak pagi nie. Untuk kerja-kerja air-cond di Celcom Taman Molek. Memandangkan aku busy sangat, so si Ai tu pun bersetuju untuk buat site visit esok jer.

oklah..cukup dulu stakat nie...ada kerja sikit yang perlu aku bereskan. Jumpa lagi

Wassalam

menjelang dinihari


Assalamualaikum

hehehe kowang dah tido ke???alaa....rileks laaa...sok-sok dah mati kowang tido la puas-puas...bukanke kubur itu tempat istirehat bagi golongan mukmin???

Aku nie sebenarnya tak bole tido...lepas teguk susu igg xtra segelas..mata terus segar. Ni baru lepas check e-mail ngan masuk website myjodoh.net. saja je melilau kat situ...mana la tau kot2 ader yang sangkut plak kan...untung-untung kawin awal aku...yuuuuhhhhhuuuuuuuuuu


Aku sebenarnya setiap malam susah nak tido.Nak kata insomnia, mustahil pulak. Kadang-kadang bukannya apa, aku selalu terfikirkan soal masa depan..soal tinggal dalam alam kubur..dosa-dosa silam...ntahlah...kadang-kadang aku rasa macam nak lahir semula ke dunia nie..taknak ulangi kesilapan lampau....tapi aku tau itu mustahil. Semua jalan yang aku dah lalui dalam hidup nie telah dirakam dalam kamera kehidupan. segalanya akan direview kat Padang Mahsyar nanti.

Aku harap akan ada penjamin dan peguambela untuk diri aku di sana nanti.

Oklah...dah ngantuk laa...esok ada site visit kat MBJB. Tender ape ntah tak ingat.abang aku baru bagitau. Dengan izin allah, ada rezeki dapatla projek tu...takde, cuba lagi

ok wassalam

Tuesday, March 07, 2006

selasa yang cerah


Assalamualaikum
bertemu lagi kite yerr...
erm arini aku takde banyak job sangat yang perlu dibuat.just siapkan claim Celcom dan dokumen Maybank EFS yang belum dicourierkan.Nak harapkan adik2 kerani 2 orang tu, kesian jugak nengok diorang...banyak sangat kerja...nak buat data entry la...site visit la...completekan corrective claim laaa...kekandang kesian jugak nengokkan staff aku 2 orang tu..tapi dah namanya keje...nak wat camner ekk???

hari nie aku melilau di kawasan Desa Rahmat,Tampoi....lepak2 jap kat Restoran Rossco dan terlintas nak beli present untuk birthday Kak Beth dan anaknya, Batrisyia.Aku pun belilah satu tembikar Australia, jam meja dan satu replika burung merpati.Burung merpati tu khas untuk staff aku yang sorang tu...pasal aku dah janji nak belikan present birthday ketiga-tiga insan tersebut.

erm malam nie planning nak gi umah akak Beth...dia ajak makan kek birthday batrisyia yang ke 5.aku pun memang nak amik stok susu igg xtra kat sana.bolehla jumpa diorang sambil sembang2 untuk strategi bisnes berlian yang kami buat sama-sama tu.Haa...sesiapa yang baca blog aku nie, kalau berminat nak tau bisnes berlian ape yang kami buat, rerajin la contact kami...modal bukan banyak pun...cuma USD100=RM400 sekali seumur hidup jer.Siap ader jaminan wang dikembalikan kalau tak berjaya peroleh pendapatan selepas 1 tahun. Anyway aku stop dululah coretan kali nie...Maghrib dak nak masuk nie.

Sekian, wassalam.

isnin yang indah


assalamualaikum dan salam muhibbah

berjumpa lagi dalam dunia blogging nie.dah lama dah tak menulis.ciibuuukkk sangat.erm hari nie aku ader meeting ngan orang Telekom di exchange jalan Taruka, Larkin.Pasal diorang nak nego harga quotation yang company aku submit untuk kerja2 install FSS equipment seluruh Johor nie.Anyway segalanya smooth dan lancar.

pastu aku gi minum ngan abang aku kat Taman Impian Emas...makanlaa 2 ketul capati ngan kari lembu.tapi tak besh capatinyer sebab dier masak atas kuali roti canai tu.biasa masak capati atas belanga gadang warna merah oren tu...

malam nie pulak aku, kak Beth dan abg Ali pegi rumah Kak Mas di Bandar Sri Putra.Kami register untuk join bisnes berlian.syok oo...berlian dari Kanada pulak tu.aku just try cuba nasib dalam bisnes nie...mana tau kalau rezeki aku....cepat aku kawin nanti.

erm rasanya sampai takat nie dulu koot aku membebel nie....dah ngantuk plak.esok aku nak bangun pagi2 sebagai seorang Muslim yang lebih baik dari hari ini

sekian, wassalam,