Friday, May 29, 2009
Wednesday, May 27, 2009
Tuesday, May 26, 2009
Friday, May 22, 2009
azman re-born
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat Hari Jumaat.....
Inilah penampilan aku yang kesekian kalinya selepas beberapa tahun aku menyepi daripada menulis blog peribadi aku nie. Seingat aku paling last aku menulis ialah pada Oktober 2006 yang lalu. Kini, aku kembali dengan pelbagai cerita dan pengalaman baru yang telah banyak aku lalui.
Aku sekarang telah bertugas di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Pahang semenjak bulan Julai 2008. Aku mula memasuki perkhidmatan SPRM ni (dulunya BPR) semenjak 17 Disember 2007. Masa tu aku di-attach di Pejabat BPR Seremban selama 3 bulan dan pada April 2008, aku memasuki Pusat Latihan bagi menjalani Kursus Asas Penguasa selama 3 bulan. Bila tamat latihan pada 5 Julai 2008, dapat transfer order ke Pejabat BPR Pahang.
Sebelum memasuki BPR, macam-macam kerja aku buat. Macam yang aku ceritakan dalam penulisan aku pada Oktober 2006 yang lalu, aku menganggur selama 2 bulan.
Then, pada bulan Disember 2006, aku mengikuti Kursus TOT Jurulatih PLKN di Kem Mantin selama 12 hari.
Pada 15 Januari 2008, aku bekerja sementara sebagai P.A kepada Pegawai penyelidik merangkap rakan sekolah lama aku di jabatan Mufti Negeri Sembilan. Aku kat situ tak lama. Sebulan je.
Lepas tu aku dipanggil berkhidmat di Kem PLKN PDS Resort, Port Dickson sehingga bulan April 2008. Pada bulan Mei 2008, aku memasuki skim GURU PEMULIHAN GSTT di Sekolah Kebangsaan Tanah Melintang, Senaling, Kuala Pilah. Aku diamanahkan melatih dan mendidik anak-anak bangsa yang agak slow skit dari segi pembelajaran mereka.Aku jadi cikgu pun tak lama....dalam 6 bulan jer....
Pada September 2008, aku gi temuduga BPR di Seremban....semua orang tak tahu. Then, bila masa aku dalam Kursus Dalam Cuti (KDC)bagi Guru-guru GSTT di IPRM, aku dapat keputusan dipilih menjadi sebahagian warga BPR. So, aku buat notis berhenti jadi cikgu dan mula menerjah ke alam BPR.
Untuk makluman semua, aku dah kawin sekarang nie...aku kawin pada 4 Oktober 2008 yang lalu. Isteri aku sama negeri dengan aku. Dia seorang guru dan sekarang menetap bersama aku di Kuantan. Dia pun tengah pregnant 4 bulan sekarang. Aku cukup gembira dikurniakan seorang isteri yang amat memahami diriku dan amat bersabar dengan perangai angin aku nie. Moga Allah akan melindungi dia dan merahmatinya dunia dan akhirat.
Oklah aku ada kerja yang nak diselesaikan. Moga ketemu lagi.
Wassalam.